Sudah terlalu lama blog ni x dikemaskini. Mohon maaf pada yang mengikuti. Pelbagai isu tentang makanan halal telah timbul baru2 ini. Antaranya isu mentega jenama Golden Churn yang akhirnya telah disahkan TIDAK HALAL oleh Pihak JAKIM (klik untuk baca), kerana mengandungi DNA babi. Macamana dengan pengguna2 yang pernah menggunakan butter jenis ini dalam makanan/produk mereka? Tukar sajelah dengan jenama lain yang banyak terdapat di pasaran tu. Ada juga yang komplen, kalo tukar jenama lain, rasa kek atau biskut yang dibuat akan jadi x sedap. Tapi sanggupkah anda memberi anak2/keluarga/rakan2/pelanggan anda makanan yang tidak halal. Fikir2kan la, sebab selalunya yang terlalu sedap ni, boleh memudaratkan. Contohnya, makanan yang manis, berlemak memang sedap tapi tidak elok pada kesihatan.
Satu lagi sikap orang2 kita ni, terlalu senang nak percaya pada berita2 atau isu2 yang disebarkan melalui laman web sosial mcm di FB atau yang diforwardkan melalui email2. Bila dapat je sesuatu link yang mengatakan produk ni haram la, produk tu ada DNA babi la, terus je nak share dan forward pada orang lain tanpa memastikan kesahihan sesuatu isu tu. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mesti tahu mana sumber yang sahih dan mana sumber yang tidak dengan mengenalpasti badan/kementerian atau pihak yang sepatutnya atau yang berhak untuk mengeluarkan kenyatan tersebut. Sebagai contoh, isu yang berkaitan dengan Halal/Haram sepatutnya dirujuk terus pada pihak JAKIM. JAKIM merupakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal yang sah. Sekiranya ada sebarang keraguan, klik saja laman Portal Rasmi Halal Malaysia. Di laman web ini, terdapat pelbagai info yang sangat berguna pada pengguna2 muslim.
Ada juga komen2 di ruangan chat blog ini yang meminta list pembekal bahan bakeri Halal yang terdapat di Malaysia. Mohon maaf sebab lambat respon sebab agak sibuk dan tidak sempat untuk update blog ini. Hakikatnya (sepanjang pengetahuan saya) tiada satu pun kedai bakeri di Malaysia ni, yang dapat membekalkan 100% bahan bakeri yang halal. Ini kerana kebanyakan bahan mentah di kedai bakeri adalah dipek semula dari produk kilang yang tidak ada sijil halal ataupun diimport dari luar negara (negara China, Amerika). Jadi peranan kita sebagai pembeli/pengguna, kita mesti bertanya tentang status halal sesuatu produk itu. kalau boleh, minta dengan peniaga itu sijil halal yang dikeluarkan oleh kilang. Kalau semua pengguna bertindak begitu, mesti peniaga kedai2 bakeri ni akan lebih sensitif pada kepentingan produk Halal. Antara produk yang biasanya dipek atau dibotol semula adalah seperti shortening, krimwell, marjerin, produk tepung, pewarna, perisa, pre-mix product (cth: tpg mufin segera) dan jem/ fruit filling. Produk yang disenaraikan diatas adalah antara produk yang boleh diragui status Halal nya sekiranya tiada sebarang sijil Halal yang dikeluarkan. Ini kerana kebanyakan produk di atas adalah berasaskan lemak (mungkin ada lemak babi) dan berkemungkinan dicampur dengan alkohol (cth: pewarna, perisa, filling). Sebenarnya terdapat pilihan untuk pengguna2 islam. Selain mendapatkan bahan mentah di kedai bakeri, banyak juga boleh diperolehi di pasaraya seperti produk Nona. Kebanyakan produk keluaran nona mempunyai cop halal dan produk yang dikeluarkan juga pelbagai. Banyak lagi produk keluaran Malaysia yang mempunyai cop halal dari Jakim. Walaubagaimanapun, untuk kesahihan/tarikh luput sijil halal produk, sila periksa di laman web halal malaysia.
Untuk yang bertanya, sekiranya saya ada maklumat berkenaan dengan kedai2 bakeri yang ada menjual produk yang halal, akan saya paparkan.
Halal bakery product
Saturday, August 27, 2011
Wednesday, November 3, 2010
BACA LABEL....rajin2kan diri
Apa ada pada label makanan. Macam2 ader. Kalo beli produk makanan, saya memang suka belek, terutamanya kalo ada produk baru kat pasaran. Samada perasan atau tak, label di pembungkus makanan tu boleh memberikan pelbagai maklumat penting. Jadi, jika kita rajin baca label barulah kita tahu, apa yang kita suap dalam mulut kita. Antara yang terkandung dalam label makanan adalah seperti berikut:
- Ramuan/ingredients
adakah sumber bahan mentahnya halal atau dinyatakan dari sumber tumbuhan? adakah dinyatakan penambahan sebarang aditif yang dibenarkan.
- Maklumat pemakanan/ Nutrition fact
dari segi kesihatan, adakah kalori yang terdapat dalam makanan itu bersesuaian dengan kadar penggunaan tenaga anda.? Tinggi lemak? Tinggi gula?
- Berat bersih/ Net weight
- Penyediaan/Preparation
macamana nak makan, kena goreng dulu ke? from freezer to oven?
- Penyimpanan/Storage
ayat standard....simpan di tempat kering dan sejuk
- Dikilangkan oleh/Manufactured by
- Tarikh luput/expired date
- dan......yang paling penting LOGO HALAL (ada ke tak?)
Bila dah nampak logo halal tu, cek betul2. adakah logo halal tu dikeluarkan oleh JAKIM atau pun dikeluarkan oleh negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau xde, carik la yang ada.

Monday, November 1, 2010
Emulsifier
Emulsifier adalah sejenis bahan tambah makanan yang ditambah dalam makanan bagi memastikan campuran lemak/minyak dan air tidak terpisah kepada 2 bahagian, iaitu bahagian yang larut lemak dan bahagian yang larut air. Secara semulajadi, air dan minyak tidak boleh bercampur, tetapi setelah melalui proses percampuran (homogenizer), kedua2 bahagian ini akan bercampur dan emulsifier akan ditambah bagi memastikan campuran ini kekal stabil.
Apakah contoh makanan yang sering ditambah emulsifier ini?. Mestilah makanan yang mengandungi campuran kandungan air dan lemak/minyak tinggi seperti berikut.
1. Aiskrim
2. Kek
3. Susu
4. Mayonis
Apakah contoh makanan yang sering ditambah emulsifier ini?. Mestilah makanan yang mengandungi campuran kandungan air dan lemak/minyak tinggi seperti berikut.
1. Aiskrim
2. Kek
3. Susu
4. Mayonis
Friday, October 15, 2010
Bahan tambah dalam makanan yang perlu di awasi sumbernya.
Bagi yang suka buat kek, biskut atau roti, jangan ikut bulat2 resepi yang diperolehi. Kena fahami kegunaan atau fungsi setiap bahan yang digunakan dalam resepi tersebut. Paling penting kena tahu jugak, sumber bahan2 tersebut. Adakah dari sumber haiwan, dari sumber tumbuhan atau diperolehi secara kimia/sintetik.
Sekiranya diketahui, barulah mudah untuk membuat keputusan samada bahan tersebut halal, haram atau diragui. Sebagai contoh, pernahkah anda menggunakan OVALETTE??. Sesiapa yang pernah membuat kek span atau kuih seri ayu mesti pernah menggunakan bahan ini. Ovalette merupakan bahan penstabil dalam adunan kek span. Bahan utama dalam kek span adalah telur yang dipukul sehingga kembang dan gebu. penambahan ovalette akan menyebabkan adunan menjadi lebih stabil dan kek lebih lembut.
Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air. Rajin2 la menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.
Bahan2 utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan islam.
Adakah anda penggemar sponge cake, pembuat kek atau penjual kek? Selepas membaca tulisan di atas, adakah anda masih tidak kisah untuk membeli bahan-bahan membuat kek secara membuta tuli tanpa mengetahui status halal haram sesuatu bahan itu. Jadilah pengguna bijak. Ketahui apa yang anda akan masukkan ke dalam mulut anda atau mulut anak2 anda.
Ini hanya salah satu bahan yang biasa kita gunakan. Banyak lagi bahan yang kita perlu tahu dan berhati2 semasa membeli dan menggunakannya.

Friday, March 26, 2010
Adakah bahan mentah yang anda gunakan dijamin HALAL
Produk bakeri seperti kek, roti, biskut dan pastri yang kebanyakannya berasaskan gandum sememangnya amat mudah diperolehi dan juga mudah dibuat. Apatah lagi bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat mudah didapati di mana-mana pasaraya atau kedai yang menjual bahan-bahan bakeri. Sememangnya terdapat berpuluh-puluh malahan ratusan bahan mentah termasuklah bahan tambahan makanan (food additives). Antara bahan yang sering digunakan adalah seperti senarai di bawah:
1. Soda bikarbonat
2. Baking powder
3. Cream of tartar
4. Gelatine
5. Cream cheese
6. Quick 70
7. Bread improver
8. Dough softener
9. Gum tragacanth
10. Cooking Chocolate
11. Glycerine
12. Syrup glucose
13. Marshmallow
14. Pelbagai jenis pewarna makanan
15. Pelbagai jenis perisa makanan
16. Filling
Kalau nak disenaraikan semua memang banyak. Tapi adakah kita sebagai pengguna, pernah mengambil tahu...atau ada rasa ingin tahu dari sumber apa dan bagaimana produk-produk yang disenaraikan di atas ini dihasilkan. Adakah dari sumber yang HALAL, atau dari sumber yang HARAM, atau SYUBHAH.
Pernahkan anda mencari logo halal di label produk sebelum membeli sesuatu bahan atau bertanya kepada pembekal bahan bakeri tentang status halal sesuatu produk itu. Jika ya, anda memang seorang pembeli dan pengguna yang bijak.
Tahukah anda Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam pembuatan arak dan Gelatin dihasilkan dari tulang dan tendon lembu dan ada juga dari tulang dan tendon babi!!!. Jika anda sudah tahu...sudah pasti anda akan berhati2 semasa membeli produk2 ini dan sentiasa mencari produk yang mempunyai logo halal. Namun jika anda tidak tahu...sudah tiba masanya untuk anda membuka minda anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)