Produk bakeri seperti kek, roti, biskut dan pastri yang kebanyakannya berasaskan gandum sememangnya amat mudah diperolehi dan juga mudah dibuat. Apatah lagi bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat mudah didapati di mana-mana pasaraya atau kedai yang menjual bahan-bahan bakeri. Sememangnya terdapat berpuluh-puluh malahan ratusan bahan mentah termasuklah bahan tambahan makanan (food additives). Antara bahan yang sering digunakan adalah seperti senarai di bawah:
1. Soda bikarbonat
2. Baking powder
3. Cream of tartar
4. Gelatine
5. Cream cheese
6. Quick 70
7. Bread improver
8. Dough softener
9. Gum tragacanth
10. Cooking Chocolate
11. Glycerine
12. Syrup glucose
13. Marshmallow
14. Pelbagai jenis pewarna makanan
15. Pelbagai jenis perisa makanan
16. Filling
Kalau nak disenaraikan semua memang banyak. Tapi adakah kita sebagai pengguna, pernah mengambil tahu...atau ada rasa ingin tahu dari sumber apa dan bagaimana produk-produk yang disenaraikan di atas ini dihasilkan. Adakah dari sumber yang HALAL, atau dari sumber yang HARAM, atau SYUBHAH.
Pernahkan anda mencari logo halal di label produk sebelum membeli sesuatu bahan atau bertanya kepada pembekal bahan bakeri tentang status halal sesuatu produk itu. Jika ya, anda memang seorang pembeli dan pengguna yang bijak.
Tahukah anda Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam pembuatan arak dan Gelatin dihasilkan dari tulang dan tendon lembu dan ada juga dari tulang dan tendon babi!!!. Jika anda sudah tahu...sudah pasti anda akan berhati2 semasa membeli produk2 ini dan sentiasa mencari produk yang mempunyai logo halal. Namun jika anda tidak tahu...sudah tiba masanya untuk anda membuka minda anda.
Salam...saya minta izin link kan blog ini dlam pengisisan di blog saya iaitu http://noribakes4u.blogspot.com/ dan http://yummy2mama.blogspot.com/
ReplyDelete