Bagi yang suka buat kek, biskut atau roti, jangan ikut bulat2 resepi yang diperolehi. Kena fahami kegunaan atau fungsi setiap bahan yang digunakan dalam resepi tersebut. Paling penting kena tahu jugak, sumber bahan2 tersebut. Adakah dari sumber haiwan, dari sumber tumbuhan atau diperolehi secara kimia/sintetik.
Sekiranya diketahui, barulah mudah untuk membuat keputusan samada bahan tersebut halal, haram atau diragui. Sebagai contoh, pernahkah anda menggunakan OVALETTE??. Sesiapa yang pernah membuat kek span atau kuih seri ayu mesti pernah menggunakan bahan ini. Ovalette merupakan bahan penstabil dalam adunan kek span. Bahan utama dalam kek span adalah telur yang dipukul sehingga kembang dan gebu. penambahan ovalette akan menyebabkan adunan menjadi lebih stabil dan kek lebih lembut.
Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air. Rajin2 la menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.
Bahan2 utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan islam.
Adakah anda penggemar sponge cake, pembuat kek atau penjual kek? Selepas membaca tulisan di atas, adakah anda masih tidak kisah untuk membeli bahan-bahan membuat kek secara membuta tuli tanpa mengetahui status halal haram sesuatu bahan itu. Jadilah pengguna bijak. Ketahui apa yang anda akan masukkan ke dalam mulut anda atau mulut anak2 anda.
Ini hanya salah satu bahan yang biasa kita gunakan. Banyak lagi bahan yang kita perlu tahu dan berhati2 semasa membeli dan menggunakannya.
No comments:
Post a Comment