Monday, November 1, 2010

Emulsifier

Emulsifier adalah sejenis bahan tambah makanan yang ditambah dalam makanan bagi memastikan campuran lemak/minyak dan air tidak terpisah kepada 2 bahagian, iaitu bahagian yang larut lemak dan bahagian yang larut air. Secara semulajadi, air dan minyak tidak boleh bercampur, tetapi setelah melalui proses percampuran (homogenizer), kedua2 bahagian ini akan bercampur dan emulsifier akan ditambah bagi memastikan campuran ini kekal stabil.

Apakah contoh makanan yang sering ditambah emulsifier ini?. Mestilah makanan yang mengandungi campuran kandungan air dan lemak/minyak tinggi seperti  berikut.
1. Aiskrim
2. Kek
3. Susu
4. Mayonis

No comments:

Post a Comment