Apa ada pada label makanan. Macam2 ader. Kalo beli produk makanan, saya memang suka belek, terutamanya kalo ada produk baru kat pasaran. Samada perasan atau tak, label di pembungkus makanan tu boleh memberikan pelbagai maklumat penting. Jadi, jika kita rajin baca label barulah kita tahu, apa yang kita suap dalam mulut kita. Antara yang terkandung dalam label makanan adalah seperti berikut:
- Ramuan/ingredients
adakah sumber bahan mentahnya halal atau dinyatakan dari sumber tumbuhan? adakah dinyatakan penambahan sebarang aditif yang dibenarkan.
- Maklumat pemakanan/ Nutrition fact
dari segi kesihatan, adakah kalori yang terdapat dalam makanan itu bersesuaian dengan kadar penggunaan tenaga anda.? Tinggi lemak? Tinggi gula?
- Berat bersih/ Net weight
- Penyediaan/Preparation
macamana nak makan, kena goreng dulu ke? from freezer to oven?
- Penyimpanan/Storage
ayat standard....simpan di tempat kering dan sejuk
- Dikilangkan oleh/Manufactured by
- Tarikh luput/expired date
- dan......yang paling penting LOGO HALAL (ada ke tak?)
Bila dah nampak logo halal tu, cek betul2. adakah logo halal tu dikeluarkan oleh JAKIM atau pun dikeluarkan oleh negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau xde, carik la yang ada.
No comments:
Post a Comment