Saturday, August 27, 2011

Mencari yang HALAL

Sudah terlalu lama blog ni x dikemaskini. Mohon maaf pada yang mengikuti. Pelbagai isu tentang makanan halal telah timbul baru2 ini. Antaranya isu mentega jenama Golden Churn yang akhirnya telah disahkan TIDAK HALAL oleh Pihak JAKIM (klik untuk baca), kerana mengandungi DNA babi. Macamana dengan pengguna2 yang pernah menggunakan butter jenis ini dalam makanan/produk mereka? Tukar sajelah dengan jenama lain yang banyak terdapat di pasaran tu. Ada juga yang komplen, kalo tukar jenama lain, rasa kek atau biskut yang dibuat akan jadi x sedap. Tapi sanggupkah anda memberi anak2/keluarga/rakan2/pelanggan anda makanan yang tidak halal. Fikir2kan la, sebab selalunya yang terlalu sedap ni, boleh memudaratkan. Contohnya, makanan yang manis, berlemak memang sedap tapi tidak elok pada kesihatan.

Satu lagi sikap orang2 kita ni, terlalu senang nak percaya pada berita2 atau isu2 yang disebarkan melalui laman web sosial mcm di FB atau yang diforwardkan melalui email2. Bila dapat je sesuatu link yang mengatakan produk ni haram la, produk tu ada DNA babi la, terus je nak share dan forward pada orang lain tanpa memastikan kesahihan sesuatu isu tu. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang bijak kita mesti tahu mana sumber yang sahih dan mana sumber yang tidak dengan mengenalpasti badan/kementerian atau pihak yang sepatutnya atau yang berhak untuk mengeluarkan kenyatan tersebut. Sebagai contoh, isu yang berkaitan dengan Halal/Haram sepatutnya dirujuk terus pada pihak JAKIM. JAKIM merupakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal yang sah. Sekiranya ada sebarang keraguan, klik saja laman Portal Rasmi Halal Malaysia. Di laman web ini, terdapat pelbagai info yang sangat berguna pada pengguna2 muslim.

Ada juga komen2 di ruangan chat blog ini yang meminta list pembekal bahan bakeri Halal yang terdapat di Malaysia. Mohon maaf sebab lambat respon sebab agak sibuk dan tidak sempat untuk update blog ini.  Hakikatnya (sepanjang pengetahuan saya) tiada satu pun kedai bakeri di Malaysia ni, yang dapat membekalkan 100% bahan bakeri yang halal. Ini kerana kebanyakan bahan mentah di kedai bakeri adalah dipek semula dari produk kilang yang tidak ada sijil halal ataupun diimport dari luar negara (negara China, Amerika). Jadi peranan kita sebagai pembeli/pengguna, kita mesti bertanya tentang status halal sesuatu produk itu. kalau boleh, minta dengan peniaga itu sijil halal yang dikeluarkan oleh kilang. Kalau semua pengguna bertindak begitu, mesti peniaga kedai2 bakeri ni akan lebih sensitif pada kepentingan produk Halal. Antara produk yang biasanya dipek atau dibotol semula adalah seperti shortening, krimwell, marjerin, produk tepung, pewarna, perisa, pre-mix product (cth: tpg mufin segera) dan jem/ fruit filling. Produk yang disenaraikan diatas adalah antara produk yang boleh diragui status Halal nya sekiranya tiada sebarang sijil Halal yang dikeluarkan. Ini kerana kebanyakan produk di atas adalah berasaskan lemak (mungkin ada lemak babi) dan berkemungkinan dicampur dengan alkohol (cth: pewarna, perisa, filling). Sebenarnya terdapat pilihan untuk pengguna2 islam. Selain mendapatkan bahan mentah di kedai bakeri, banyak juga boleh diperolehi di pasaraya seperti produk Nona. Kebanyakan produk keluaran nona mempunyai cop halal dan produk yang dikeluarkan juga pelbagai. Banyak lagi produk keluaran Malaysia yang mempunyai cop halal dari Jakim. Walaubagaimanapun, untuk kesahihan/tarikh luput sijil halal produk, sila periksa di laman web halal malaysia.

Untuk yang bertanya, sekiranya saya ada maklumat berkenaan dengan kedai2 bakeri yang ada menjual produk yang halal, akan saya paparkan.

7 comments:

  1. Boleh tak tolong emailkan senarai bakeri yang jual bahan halal?

    ReplyDelete
  2. Pernah ke dgr pasal isu halal cream of tartar?

    ReplyDelete
  3. Blh bgvtau kedai bahan bakeri halal..

    ReplyDelete
  4. Bakewell supplies kt sri gombak amat popular di kalangan melayu. Byk produk ada tanda halal dan byk juga bahan2 yg repack spt tepung biskut,kek etc. Pernah tanya staf, katanya halal.Ada yg tahu status halal bakery supplies kt kl/sel. Thanks

    ReplyDelete
  5. Bakewell supplies kt sri gombak amat popular di kalangan melayu. Byk produk ada tanda halal dan byk juga bahan2 yg repack spt tepung biskut,kek etc. Pernah tanya staf, katanya halal.Ada yg tahu status halal bakery supplies kt kl/sel. Thanks

    ReplyDelete
  6. Ingin melebarkan sayap perniagaan anda ke luar negara? emailkan detail syarikat anda kepada saya johan@philmal saya akan beri maklum balas secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. Ingin melebarkan sayap perniagaan anda ke luar negara? emailkan detail syarikat anda kepada saya johan@philmal saya akan beri maklum balas secepat mungkin.

    ReplyDelete